Skip to main content

Watak-watak dalam Pink Smile

WATAK-WATAK UTAMA

Sweet Qismina sebagai LUNA AISHA (LUNA)

Anak bongsu kepada Tuan Irsyad dan Puan Amina. Luna mempunyai seorang kakak bernama Myra Aisha (Myra). Luna merupakan seorang gadis lingkungan 20-an yang berperwatakan ceria tetapi suka membuat tanggapan sendiri. Di awal kemunculan, Luna memakai pendakap gigi merah jambu yang membuat penampilannya lebih menonjol dan mudah diingati. Sangat memujai pemilik sebuah coffeehouse (yang baginya amat tampan walaupun berperwatakan dingin) hingga diserang panik dan jatuh pengsan setiap kali dia bertentang mata atau ada dekat dengan Kaz terlalu lama. Namun begitu, dia tidak punya keberanian untuk memulakan langkah seterusnya dan memilih untuk berkunjung ke coffeehouse milik pemuda itu sekerap yang mungkin, hanya untuk melihat si jejaka idaman daripada jauh. 


Fattah Amin sebagai AREEQ HAJI MAHDI

Anak sulung kepada Haji Mahdi dan Hajah Aini. Merupakan pemilik sebuah coffeehouse dan part time kartunis dalam majalah Fusion. Kaz berperwatakan dingin; tidak mesra lebih-lebih lagi dengan insan bernama perempuan. Namun, Kaz punya dua sahabat karib iaitu Ari dan Rysa yang amat memahami Kaz. Sedikit kedekut, kerana hanya memakai kereta lama Mini Austin dan telefon Nokia 3310 sepanjang cerita. Pertemuan dengan gadis berpendakap gigi merah jambu menjadi ilham untuknya membuat menu baru di coffeehouse miliknya iaitu menu Pink Smile. Luna secara tak langsung hanya dikenali sebagai Pink Smile oleh Kaz, Ari dan Rysa sejak itu. Kaz juga lambat sedar akan perasaannya sendiri dan sebaik mengenalpasti rasa yang ada, Kaz sedaya upaya untuk menunjukkan kepada Luna. 


Syafie Tee sebagai IMAN

Sahabat baik Luna dari zaman tadika hingga sekolah menengah. Seorang yang protective namun tindakan cuba menidakkan rasa yang ada untuk Luna membuatkannya jauh dari Luna dan hanya kembali untuk mendapatkan Luna setelah benar-benar yakin yang dia benar-benar sayangkan Luna lebih dari seorang kawan. 


Izzat Mustaq sebagai FAIZ

Sahabat baik merangkap teman serumah Kaz tetapi pindah keluar setelah berkahwin dengan Rysa. Ari adalah orang pertama yang sedar bahawa sahabat baiknya, Kaz telah jatuh cinta dengan gadis yang mereka panggil Pink Smile.


Intan Najuwa sebagai ARYSA LEANA (RYSA)

Sahabat baik Kaz dan Ari sebelum jatuh cinta dan berkahwin dengan Ari. Antara orang pertama yang tahu tentang Pink Smile, gadis yang Kaz jatuh suka tanpa sedar. Seorang gadis yang sentiasa kelihatan anggun.


WATAK-WATAK LAIN


Esma Danial sebagai TUAN IRSYAD – Ayah Luna, usahawan berjaya.

Noniswara sebagai PUAN AMINA – Ibu Luna, pemilik butik pakaian dan aksesori wanita. (Butik LunaMyra)

Hafidzudin Fazil sebagai HAJI MAHDI – Ayah Kaz, bekas guru dan sekarang penghulu kampung.

Rohaya Maya DFKL sebagai HAJAH AINI – Ibu Kaz, juga bekas guru.

Natasha Mahyan sebagai MYRA AISHA (MYRA) – Kakak Luna yang sikapnya bertentangan dengan Luna, suka berterus terang.

Iswan Ismail sebagai SHAIRY – Tunang Myra dan kemudian menjadi suaminya.

Syainie Aida sebagai FAZRIN – sahabat Luna yang bekerja di butik LunaMyra, tempat Luna bercerita tentang Kaz.

Afifah Nasir sebagai MELATI - kawan sekampung Areeq.


Comments

Popular posts from this blog

Klip Ep20 seni seviyorum - Cintaku Di Bumi Izmir

Promo Ep27 Cintaku Di Bumi Izmir - UnifiTV Lagu Mimpi Yang Berulang (NovaBand)

Fuhhh Beratur... di Okey Tv

Sinopsis  Fuhhh Beratur adalah siri travelog BERMOTOR yang akan membawa penonton mengembara ke pulau-pulau indah yang terdapat di Malaysia sambil berpeluang bersantai dan menikmati apa saja makanan ataupun minuman viral sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk nya. Hefny Sahad merupakan pengacara siri ini. FUHHH BERATUR akan memulakan siri kembaranya dengan seorang pengacara lelaki BERMOTOR dalam misi percutian ke pulau-pulau di Malaysia. Dalam perjalanan ke destinasi terpilih, pengacara akan berhenti menjamu selera di tempat-tempat VIRAL/popular yang menjadi tumpuan ramai yang  berkonsepkan BERATUR. Tempat popular tersebut merangkumi semua peringkat dari restoran, kafe hinggalah ke gerai di tepi jalan yang popular sehingga menjadi VIRAL. Sepanjang perjalanan pengacara akan mendokumentasikan keindahan dan kecantikan pemandangan yang dilewati. Pengacara turut akan menemubual pemilik kedai dan pengunjung atas jolokan BERATUR juga memberi komen jujur atas jolokan ya...