Skip to main content

Fuhhh Beratur... di Okey Tv

Sinopsis 

Fuhhh Beratur adalah siri travelog BERMOTOR yang akan membawa penonton mengembara ke pulau-pulau indah yang terdapat di Malaysia sambil berpeluang bersantai dan menikmati apa saja makanan ataupun minuman viral sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk nya. Hefny Sahad merupakan pengacara siri ini.

FUHHH BERATUR akan memulakan siri kembaranya dengan seorang pengacara lelaki BERMOTOR dalam misi percutian ke pulau-pulau di Malaysia. Dalam perjalanan ke destinasi terpilih, pengacara akan berhenti menjamu selera di tempat-tempat VIRAL/popular yang menjadi tumpuan ramai yang  berkonsepkan BERATUR. Tempat popular tersebut merangkumi semua peringkat dari restoran, kafe hinggalah ke gerai di tepi jalan yang popular sehingga menjadi VIRAL.

Sepanjang perjalanan pengacara akan mendokumentasikan keindahan dan kecantikan pemandangan yang dilewati.

Pengacara turut akan menemubual pemilik kedai dan pengunjung atas jolokan BERATUR juga memberi komen jujur atas jolokan yang diberi.

Pengacara kemudiannya, akan meneruskan eksplorasi menuju ke pulau-pulau di Malaysia dalam misi percutian nya. Beliau akan berkongsi pengalaman melakukan pelbagai aktiviti-aktivi riadah kegemaran pengunjung seperti memancing, menyandat sotong, scuba diving, barbeque dan banyak lagi.

Pengacara memulakan siri kembara nya dengan bermotor menuju ke pulau yang terpilih. Di sepanjang perjalanan, pengacara akan mendokumentasikan keindahan perjalanan juga memberikan pelbagai TIPS berguna kepada penonton. Antaranya TIPS percutian, persediaan percutian dan yang pastinya tempat makanan enak dan menarik yang mesti dikunjungi.

Pengacara akan membawa penonton berkunjung ke tempat makanan yang mendapat jolokan “BERATUR” tidak kira restoran besar, gerai tepi jalan mahupun penjual kuih yang popular.
Perjalanan diteruskan dengan pengacara singgah ke kedai “BERATUR” yang lain. Kali ini pengacara akan mengambil peluang menemubual pengusaha dan juga pelanggan.
Segmen terakhir ini, akan mendokumentasikan percutian pengacara. Beliau tiba di destinasi tujuan dan beriadah dengan pelbagai aktiviti kegemaran pengunjung.

Antara pulau-pulau yang akan di dokumentasikan adalah; Pulau di Trenggannu, Pahang, Sabah, Sarawak dan lain-lain di dalam Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Klip Ep20 seni seviyorum - Cintaku Di Bumi Izmir

Promo Ep27 Cintaku Di Bumi Izmir - UnifiTV Lagu Mimpi Yang Berulang (NovaBand)