Skip to main content

Tuan Danial... di tv3

Sinopsis

Tengku Ismahani atau Is menyamar jadi pembantu rumah kepada lelaki tersebut untuk kenal siapa bakal suaminya. Bapanya, Tengku Khalil sekali lagi cuba satukan dia dengan anak sahabatnya bernama Danial. Perjanjian dan kata sepakat dijalinkan. Tengku Khalil perlu merahsiakan siapa Is daripada pengetahuan Tuan Hashim mahupun Tuan Danial. Tanpa diketahui Is, Tuan Hashim bapa Daniel dan Kak Hasnah pembantu rumah Tuan Hashim sudah diberitahu terlebih dahulu dan mereka bekerjasama menjalankan plan Is tanpa diketahui oleh Is sendiri. 

Pelbagai kekalutan berlaku apabila Is jadi pembantu rumah Tuan Hashim sedangkan dia langsung tak tahu buat kerja rumah. Gara gara sikap Is yang keras kepala manakala Tuan Danial pula ego. Ada saja perkara yang buat mereka tak puas hati apabila bertentang mata. Pening Kak Hasnah nak hadap perangai mereka yang asyik ‘bertekak’. Tuan Danial rasanya ada sesuatu perasaan terhadap Is. Entah kenapa, apabila dia perasan Rizal, jiran sebelah rumahnya pandang Is pun dia cemburu. Kemudian, dia lihat Tengku Hatta cium tangan Is ketika dia bawa Is ke majlis Tengku Khalil. Dia tak tahu yang Tengku Hatta adalah adik kandung Tengku Ismahani. Sejak itu,  Tuan Danial tak boleh bertentang mata dengan Tengku Hatta. Datang pula Zahid, rakan baiknya yang terang terang cuba pikat Is. Dalam masa yang sama, Tengku Hatta dalam diam, jatuh cinta dengan Dee, sepupu Tuan Danial.


Sementara itu Is tergangu apabila bekas tunang Tuan Danial, Nell sudah pulang dari luar negara dan mahu menyambung semula ikatan mereka. Tapi, tidak ada cinta lagi buat Nell di hati Danial. Tuan Hashim pula mula runsing apabila Danial belum lagi akui cintanya kepada Is, jadi dia susun plan untuk uji mereka dan Farra, anak Pak Azhar yang merupakan kawan baik Tuan Hashim tiba untuk menjalankan misi. Hati Is luluh tatkala mendengar perbualan Tuan Hashim dan Tuan Danial mengenai perancangannya untuk menikahkan Farra dengan Tuan Danial. Tapi, Danial bermatian matian merayu agar perkara itu tidak dteruskan, akhirnya dia akui cintanya kepada Is. 

Tengku Hatta tak tahan lagi menjadi sasaran Tuan Danial lalu dia sendiri membocorkan rahsia Is. Tuan Danial rasa tertipu dan perbalahan mula tercetus. Namun, Is berjaya pujuk Danial. Mereka menyambung semula ikatan cinta. Nell tak senang duduk. Dia ugut nak bunuh diri sehinggalah tergamak menyerang Is. 

Kelalutan berlaku dalam keluarga Tengku Khalil apabila Marina,pekerja barunya cuba memikatnya. Tengku Hatta tidak senang denagn gosip yang melanda kerana tidak ada sesiapa yang boleh ambil tempat arwah ibunya. 


Hubungan cinta Is dan Tuan Danial menjadi kebencian Rizal, lelaki psycho yang suka perhatikan Is. Tuan Danial diserang oleh Rizal yang marah dan menuduh Tuan Danial rampas isterinya. Rupa-rupanya Rizal mengalami tekanan perasaan setelah ditinggalkan isterinya kerana lari mengikut lelaki lain. Is dan Tuan Danial akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Rumahtangga mereka semakin bahagia apabila Is disahkan hamil. Kelucuan berlaku apabila Tuan Danial yang alami alahan teruk.



Comments

Popular posts from this blog

Klip Ep20 seni seviyorum - Cintaku Di Bumi Izmir

Promo Ep27 Cintaku Di Bumi Izmir - UnifiTV Lagu Mimpi Yang Berulang (NovaBand)

Fuhhh Beratur... di Okey Tv

Sinopsis  Fuhhh Beratur adalah siri travelog BERMOTOR yang akan membawa penonton mengembara ke pulau-pulau indah yang terdapat di Malaysia sambil berpeluang bersantai dan menikmati apa saja makanan ataupun minuman viral sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk nya. Hefny Sahad merupakan pengacara siri ini. FUHHH BERATUR akan memulakan siri kembaranya dengan seorang pengacara lelaki BERMOTOR dalam misi percutian ke pulau-pulau di Malaysia. Dalam perjalanan ke destinasi terpilih, pengacara akan berhenti menjamu selera di tempat-tempat VIRAL/popular yang menjadi tumpuan ramai yang  berkonsepkan BERATUR. Tempat popular tersebut merangkumi semua peringkat dari restoran, kafe hinggalah ke gerai di tepi jalan yang popular sehingga menjadi VIRAL. Sepanjang perjalanan pengacara akan mendokumentasikan keindahan dan kecantikan pemandangan yang dilewati. Pengacara turut akan menemubual pemilik kedai dan pengunjung atas jolokan BERATUR juga memberi komen jujur atas jolokan ya...