Skip to main content

Posts

Fuhhh Beratur... di Okey Tv

Sinopsis  Fuhhh Beratur adalah siri travelog BERMOTOR yang akan membawa penonton mengembara ke pulau-pulau indah yang terdapat di Malaysia sambil berpeluang bersantai dan menikmati apa saja makanan ataupun minuman viral sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk nya. Hefny Sahad merupakan pengacara siri ini. FUHHH BERATUR akan memulakan siri kembaranya dengan seorang pengacara lelaki BERMOTOR dalam misi percutian ke pulau-pulau di Malaysia. Dalam perjalanan ke destinasi terpilih, pengacara akan berhenti menjamu selera di tempat-tempat VIRAL/popular yang menjadi tumpuan ramai yang  berkonsepkan BERATUR. Tempat popular tersebut merangkumi semua peringkat dari restoran, kafe hinggalah ke gerai di tepi jalan yang popular sehingga menjadi VIRAL. Sepanjang perjalanan pengacara akan mendokumentasikan keindahan dan kecantikan pemandangan yang dilewati. Pengacara turut akan menemubual pemilik kedai dan pengunjung atas jolokan BERATUR juga memberi komen jujur atas jolokan yang diberi
Recent posts

Kuali Mertua Lauk Menantu... di tv2

Sinopsis Kita mampu dapatkan cinta sejati dan kebahagiaan bila kita mampu buat keluarga kita bahagia dan bersatu. Lela , (23), comel, periang, suka menyakat,dan bekerjaya klik-klik. Dia jadi ‘photographer’ wanita yang kerja di studio seniornya di KL bersama kawan baiknya Ona selepas selesai jalani praktikal dan habis belajar. Lela dibesarkan oleh ayahnya, En Lukman . Tapi sebab En Lukman ni kerja atas kapal dan selalu belayar, Lela kena tinggal dengan neneknya Wan Ipah dan Mak Ngahnya . Pendek kata, membesar dengan cara hidup kampung. Tapi bukan kekampungan okay, sebab nenek dan Mak Ngah Lela ni jenis yang lasak dan hip-hop. Sapa boleh percaya, dorang ada lesen kelas H, bawak pelbagai jenis trektar termasuk trektar bajak sawah yang gadang tu. Tapi tu dulu. Sekarang ni, Wan Ipah dan Mak Ngah dah tua. Tak larat dah nak poco-poco tengah sawah tu. Jadi mereka sewakan je untuk orang lain usahakan. Tapi hidup Lela dan mereka sentiasa ceria. Ibu Lela pula katanya, kerja kat luar negara lepas

Watak-watak dalam Pink Smile

WATAK-WATAK UTAMA Sweet Qismina sebagai LUNA AISHA (LUNA) Anak bongsu kepada Tuan Irsyad dan Puan Amina. Luna mempunyai seorang kakak bernama Myra Aisha (Myra). Luna merupakan seorang gadis lingkungan 20-an yang berperwatakan ceria tetapi suka membuat tanggapan sendiri. Di awal kemunculan, Luna memakai pendakap gigi merah jambu yang membuat penampilannya lebih menonjol dan mudah diingati. Sangat memujai pemilik sebuah coffeehouse ( yang baginya amat tampan walaupun berperwatakan dingin) hingga diserang panik dan jatuh pengsan setiap kali dia bertentang mata atau ada dekat dengan Kaz terlalu lama. Namun begitu, dia tidak punya keberanian untuk memulakan langkah seterusnya dan memilih untuk berkunjung ke coffeehouse milik pemuda itu sekerap yang mungkin, hanya untuk melihat si jejaka idaman daripada jauh.  Fattah Amin sebagai AREEQ HAJI MAHDI Anak sulung kepada Haji Mahdi dan Hajah Aini. Merupakan pemilik sebuah coffeehouse dan part time kartunis dalam majalah Fusion . Kaz berperwatakan

Pink Smile.... tv3

Sinopsis Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Luna yang amat menyukai seorang pemuda bernama Areeq. Areeq merupakan pemilik sebuah coffeehouse ; Duncan CoffeeHouse. Hampir setiap hari Luna akan ke Duncan CoffeeHouse, hanya untuk melihat jejaka impiannya dari jauh namun tidak pernah berani memulakan perbualan dengan si pemilik kedai. Setiap kali Luna bertentang mata dengan Areeq atau Areeq berada terlalu dekat dengannya, gadis itu akan jatuh pengsan seakan-akan terkena panic attack . Rupa-rupanya pemuda itu memang sudah lama wujud dalam hidupnya, bertitik mula dengan sebuah layang-layang merah jambu.   Suatu malam, takdir memaksa Luna mengetuk pintu Duncan CoffeeHouse dan memulakan perbualan dengan si empunya kedai. Dari situ, insiden demi insiden menemukan Luna dengan jejaka impian lebih kerap. Dan tidak semena-mena, Areeq juga telah mengilhamkan menu Pink Smile dengan menjadikan gadis pelik yang datang ketuk pintu kedainya tengah malam itu, kerana perkara pertama yang dia ingat t

Cintaku di Bumi Izmir... di Hypp.Tv

Sinopsis “ Cinta itu tetap datang walaupun berjuta batu jauhnya ” Suzan Sevgi, mahasiswa tahun akhir jurusan ekonomi Edge University, Izmir, Turki. Dia kacukan Turki-Melayu. Papanya, Syed Kamarudin (warga Malaysia) dah bercerai dengan mamanya, Pn Lale (warga Turki), dan balik ke Malaysia masa umur Suzan 7 tahun. Sejak itu, Suzan tak dengar beritanya, tapi tetap simpan harapan nak ketemu papanya. Sebab tu dia kekalkan identiti melayu dan terus belajar Bahasa Melayu dengan isteri cikgunya dulu. Kini, Suzan selalu buat part-time jadi pembantu kordinator untuk konvensyen antarabangsa membabitkan delegasi Malaysia. Kalau takde kuliah, Suzan turut bantu Pn Lale meniaga roti dan biskut homemade di kawasan kedai yang jadi tumpuan pelancong. Pn Lale tak suka Suzan fikir pasal papanya. Lebih marah bila Suzan cakap nak cari papanya. Macam berdendam dengan bekas suamipun ada juga. Suzan serba-salah. Macam mana nak cari papanya sedangkan mamanya tak redha? Mujurlah Suzan sewa apartment dekat U nya.

Tuan Danial... di tv3

Sinopsis Tengku Ismahani atau Is menyamar jadi pembantu rumah kepada lelaki tersebut untuk kenal siapa bakal suaminya. Bapanya, Tengku Khalil sekali lagi cuba satukan dia dengan anak sahabatnya bernama Danial. Perjanjian dan kata sepakat dijalinkan. Tengku Khalil perlu merahsiakan siapa Is daripada pengetahuan Tuan Hashim mahupun Tuan Danial. Tanpa diketahui Is, Tuan Hashim bapa Daniel dan Kak Hasnah pembantu rumah Tuan Hashim sudah diberitahu terlebih dahulu dan mereka bekerjasama menjalankan plan Is tanpa diketahui oleh Is sendiri.  Pelbagai kekalutan berlaku apabila Is jadi pembantu rumah Tuan Hashim sedangkan dia langsung tak tahu buat kerja rumah. Gara gara sikap Is yang keras kepala manakala Tuan Danial pula ego. Ada saja perkara yang buat mereka tak puas hati apabila bertentang mata. Pening Kak Hasnah nak hadap perangai mereka yang asyik ‘bertekak’. Tuan Danial rasanya ada sesuatu perasaan terhadap Is. Entah kenapa, apabila dia perasan Rizal, jiran sebelah rumahnya pandang Is pu

Promo Ep27 Cintaku Di Bumi Izmir - UnifiTV Lagu Mimpi Yang Berulang (NovaBand)