Skip to main content

Pink Smile.... tv3

Sinopsis


Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Luna yang amat menyukai seorang pemuda bernama Areeq. Areeq merupakan pemilik sebuah coffeehouse; Duncan CoffeeHouse. Hampir setiap hari Luna akan ke Duncan CoffeeHouse, hanya untuk melihat jejaka impiannya dari jauh namun tidak pernah berani memulakan perbualan dengan si pemilik kedai. Setiap kali Luna bertentang mata dengan Areeq atau Areeq berada terlalu dekat dengannya, gadis itu akan jatuh pengsan seakan-akan terkena panic attack. Rupa-rupanya pemuda itu memang sudah lama wujud dalam hidupnya, bertitik mula dengan sebuah layang-layang merah jambu.  

Suatu malam, takdir memaksa Luna mengetuk pintu Duncan CoffeeHouse dan memulakan perbualan dengan si empunya kedai. Dari situ, insiden demi insiden menemukan Luna dengan jejaka impian lebih kerap. Dan tidak semena-mena, Areeq juga telah mengilhamkan menu Pink Smile dengan menjadikan gadis pelik yang datang ketuk pintu kedainya tengah malam itu, kerana perkara pertama yang dia ingat tentang gadis itu ialah senyumannya yang menampakkan baris giginya dengan pendakap gigi warna merah jambu. 

Salah faham menjadikan hati Luna hancur dan dia mula cuba ingin melupakan Areeq tetapi tak pernah berjaya. Ada sahaja yang memaksanya untuk berhadapan dengan Areeq. Dan apabila salah faham itu usai, muncul pula Akif, sahabat karib Luna yang kembali membawa cinta yang selama ini tidak disedari mengakar sudah agak lama, cuma Akif yang kerap menafikannya. Tapi Luna tidak pernah mempunyai perasaan yang sama untuk Akif, sejak dulu lagi. Akif hanya dianggap sebagai seorang sahabat. 

Areeq yang lambat sedar dia sebenarnya jatuh suka pada Luna akhirnya menunjukkan rasa cintanya hari demi hari. Ada sahaja alasan yang dia reka untuk menghabiskan masa dengan Luna. Luna yang merasakan semuanya itu mustahil kerap menolak kenyataan bahawa Areeq mungkin menyimpan perasaan yang sama padanya kerana tidak mahu kecewa. Pelbagai insiden mencuit hati antara dia dan Areeq membuatkan Luna terus dibuai pelbagai rasa. Dan sebaik semuanya jelas nyata, perasaan yang disimpan kemudian sama-sama diluahkan dan mereka mendapat bahagia sebagai pengakhiran. 

Pink Smile boleh diklasifikasikan sebagai novel cinta komedi romantik yang ringan dan santai yang bakal mengukir senyum pembaca sepanjang perjalanan cinta antara Luna dan Areeq. 








Comments

Popular posts from this blog

Klip Ep20 seni seviyorum - Cintaku Di Bumi Izmir

Cintaku di Bumi Izmir... di Hypp.Tv

Sinopsis “ Cinta itu tetap datang walaupun berjuta batu jauhnya ” Suzan Sevgi, mahasiswa tahun akhir jurusan ekonomi Edge University, Izmir, Turki. Dia kacukan Turki-Melayu. Papanya, Syed Kamarudin (warga Malaysia) dah bercerai dengan mamanya, Pn Lale (warga Turki), dan balik ke Malaysia masa umur Suzan 7 tahun. Sejak itu, Suzan tak dengar beritanya, tapi tetap simpan harapan nak ketemu papanya. Sebab tu dia kekalkan identiti melayu dan terus belajar Bahasa Melayu dengan isteri cikgunya dulu. Kini, Suzan selalu buat part-time jadi pembantu kordinator untuk konvensyen antarabangsa membabitkan delegasi Malaysia. Kalau takde kuliah, Suzan turut bantu Pn Lale meniaga roti dan biskut homemade di kawasan kedai yang jadi tumpuan pelancong. Pn Lale tak suka Suzan fikir pasal papanya. Lebih marah bila Suzan cakap nak cari papanya. Macam berdendam dengan bekas suamipun ada juga. Suzan serba-salah. Macam mana nak cari papanya sedangkan mamanya tak redha? Mujurlah Suzan sewa apartment dekat U nya.

Promo Ep23 Cintaku Di Bumi Izmir