Skip to main content

Cintaku di Bumi Izmir... di Hypp.Tv

Sinopsis

Cinta itu tetap datang walaupun berjuta batu jauhnya


Suzan Sevgi, mahasiswa tahun akhir jurusan ekonomi Edge University, Izmir, Turki. Dia kacukan Turki-Melayu. Papanya, Syed Kamarudin (warga Malaysia) dah bercerai dengan mamanya, Pn Lale (warga Turki), dan balik ke Malaysiamasa umur Suzan 7 tahun. Sejak itu, Suzan tak dengar beritanya, tapi tetap simpan harapan nak ketemu papanya. Sebab tu dia kekalkan identiti melayu dan terus belajar Bahasa Melayu dengan isteri cikgunya dulu. Kini, Suzan selalu buat part-time jadi pembantu kordinator untuk konvensyen antarabangsa membabitkan delegasi Malaysia. Kalau takde kuliah, Suzan turut bantu Pn Lale meniaga roti dan biskut homemade di kawasan kedai yang jadi tumpuan pelancong. Pn Lale tak suka Suzan fikir pasal papanya. Lebih marah bila Suzan cakap nak cari papanya. Macam berdendam dengan bekas suamipun ada juga. Suzan serba-salah. Macam mana nak cari papanya sedangkan mamanya tak redha? Mujurlah Suzan sewa apartment dekat U nya. Kuranglah sikit dengar bebel Pn Lale. Suzan menyewa dengan Farah, pelajar Malaysia di U yang sama. Setelah 3 tahun kenal, mereka kini berkawan baik.


Aidid, CEO Aroma Hikmah (perniagaan makanan hub-halal di Malaysia). Setelah orang tuanya meninggal, dia dibesarkan ibu saudara, Haryati, yang tak pernah kahwin. Haryati nak jodohkan Aidid dengan Juliana, anak Sherry, BFFnya. Tapi Aidid anggap Juliana macam adiknya saja walaupun Juliana memang feel teruk kat Aidid. Jadi, untuk buat Aidid rasa tak terpaksa, Haryati suruh Aidid umumkan calon isteri sekembalinya dari Izmir, Turki kelak. Haryati nak Aidid nikah segera. Dia percaya cakap Juliana kononnya sedang bercinta dengan Aidid. Lagipun, Haryati tak pernah tahu Aidid rapat dengan mana-mana perempuan kecuali Juliana. Maknanya, Aidid pasti akan nikah dengan Juliana, fikir Haryati. Aidid akan ke Turki menghadiri satu konvension hub-halal sedunia. Di samping itu, dia sedang cari peluang lebarkan perniagaannya di Turki.   


Di Izmir, Aidid kenal dengan Suzan, pembantu kordinatornya. Aidid tertarik dengan Suzan sebab pandai cakap melayu. Dan Aidid suka usik-usik Suzan semata-mata nak rapat dengan dia. Malah Aidid gunakan Farah untuk dekat dengan Suzan. Selepas habis konvensyen, dia tawarkan Suzan jadi pemandu pelancong untuk tujuan ‘survey market’. Mulanya, Suzan tak terus-terang dengan Aidid yang dia ada darah melayu. Hinggalah satu hari, Aidid ternampak gambar Suzan bersama papanya, barulah Aidid tahu. Sejak itu, Suzan agak malu nak ketemu Aidid lagi sebab jauh di sudut hatinya, dia rasa macam dah terjatuh suka dengan Aidid. Apalagi bila Pn Lale tentang hubungan tu habis-habisan. Tak nak pisang berbuah dua kali katanya. 


Aidid cuba bawa Suzan ke Malaysia cari papanya. Mulanya Pn Lale tak setuju. Tapi dia terdiam bila Suzan terjumpa surat lama papanya. Rupanya, papa Suzan kena mengalah atas kehendak mamanya. Mereka bercerai sebab kesombongan Pn Lale yang tak nak balik Malaysia ketemu keluarga suaminya. Jadi, demi menebus kesilapan mamanya, Suzan janji nak ketemu papa dan keluarganya di Melaka. Tapi bila tiba di Melaka, barulah Suzan tahu yang papanya dah meninggal setelah 2 tahun balik sini akibat kanser. Suzan cukup sedih. Mujurlah atuk dan neneknya masih ada dan terima dia sebagai cucu. Namun Sharifah Kamariah, adik papanya, masih berdendam dengan Suzan dan tak boleh terima Suzan. Dia anggap abangnya meninggal kerana perempuan sedarah dengan Suzan. 


Hubungan Aidid dan Suzan jadi tambah rapat. Juliana rasa terancam bila Aidid terus-terang dengan Haryati yang dia akan nikah dengan Suzan bila segalanya selesai. Juliana hasut Haryati bencikan Suzan sampai Haryati taknak langsung jumpa Suzan. Dalam masa sama, Juliana cuba saiko Suzan supaya balik Turki. Tapi suatu hari, Haryati kenal pula dengan Suzan secara tak sengaja bila Suzan bantu dia yang diserang hypotension. Tak sangka, Haryati berkenan dengan Suzan dan terus setuju bila Aidid akui Suzan isteri pilihannya. Juliana cuba hasut Haryati lagi, tapi


Haryati macam dah setuju dengan pilihan Aidid. Akhirnya Haryati setuju ikut Aidid dan Suzan balik Melaka ketemu atuk nenek Suzan. Tiba-tiba, satu rahsia besar terpecah. Rupanya, papa Suzan dulu adalah bekas tunang Haryati yang putuskan pertunangan mereka demi perempuan lain. Kerana dendam, Haryati terus ‘reject’ Suzan dan paksa Aidid nikah dengan Juliana semula. Suzan pula lari balik Turki kerana kecewa. Tapi saat Haryati sibuk buat persiapan majlis Aidid-Juliana, Aidid terbang ke Turki untuk pujuk Suzan dan seterusnya nikah dengan Suzan dengan bantuan Pn Lale dan Farah, ikut adat istiadat perkahwinan Islam Turki.


Setelah itu, mereka balik ke Malaysia untuk pujuk Haryati terima pernikahan mereka. Tapi Haryati tetap berdegil, tak nak terima anak perampas jadi menantunya. Berang dengan keputusan Haryati, Aidid bawa Suzan tinggal di Melaka. Tapi Haryati pula jatuh sakit dan Aidid terpaksa turuti kehendaknya untuk nikah dengan Juliana. Mulanya, Aidid nak berahsia dari Suzan. Tapi sahabat baiknya Zafuan, kesiankan Suzan lalu beritahu Suzan di Melaka tentang hal itu. Ketika inilah datang keinsafan pada Kamariah dan dia sendiri yang bawa Suzan ke rumah Haryati. Maka pecahlah rahsia sebenarnya, penyebab utama Haryati putus tunang dengan Sy Kamarudin dulu. Sherry ibu Julianalah dalangnya, sebab cemburu akan hubungan Haryati dan Kamarudin. Sherry buat fitnah kononnya Sy Kamarudin jatuh cinta dengan perempuan lain. Haryati malu dengan keadaan itu, tapi Suzan berjaya yakinkan Haryati untuk mulakan hidup baru bersama. Manakala Sherry yang malu, terus hilangkan diri. Bagaimanapun Juliana terus dengan hasratnya nak dapatkan Aidid. Dan dia hampir berjaya perdayakan Aidid hingga terjadi pelbagai pergolakan dalam rumah tangga Aidid dan Suzan. Sampai Suzan merajuk balik Turkilah. Tapi yang jahat tetap tewas akhirnya bila Juliana dapat balasan setimpal. Manakala Aidid terbang ke Turki untuk pujuk Suzan kembali ke pangkuannya. 



Comments

  1. Bagaimana cara saya nak tonton semula cerita ni?

    ReplyDelete
  2. dekat mana nak tonton full episode...dah lama dah nak tonton...

    ReplyDelete
  3. nak tengok sangat pleaseee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Klip Ep20 seni seviyorum - Cintaku Di Bumi Izmir

Promo Ep23 Cintaku Di Bumi Izmir