Sinopsis Fuhhh Beratur adalah siri travelog BERMOTOR yang akan membawa penonton mengembara ke pulau-pulau indah yang terdapat di Malaysia sambil berpeluang bersantai dan menikmati apa saja makanan ataupun minuman viral sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk nya. Hefny Sahad merupakan pengacara siri ini. FUHHH BERATUR akan memulakan siri kembaranya dengan seorang pengacara lelaki BERMOTOR dalam misi percutian ke pulau-pulau di Malaysia. Dalam perjalanan ke destinasi terpilih, pengacara akan berhenti menjamu selera di tempat-tempat VIRAL/popular yang menjadi tumpuan ramai yang berkonsepkan BERATUR. Tempat popular tersebut merangkumi semua peringkat dari restoran, kafe hinggalah ke gerai di tepi jalan yang popular sehingga menjadi VIRAL. Sepanjang perjalanan pengacara akan mendokumentasikan keindahan dan kecantikan pemandangan yang dilewati. Pengacara turut akan menemubual pemilik kedai dan pengunjung atas jolokan BERATUR juga memberi komen jujur atas jolokan ya...
Sinopsis Kita mampu dapatkan cinta sejati dan kebahagiaan bila kita mampu buat keluarga kita bahagia dan bersatu. Lela , (23), comel, periang, suka menyakat,dan bekerjaya klik-klik. Dia jadi ‘photographer’ wanita yang kerja di studio seniornya di KL bersama kawan baiknya Ona selepas selesai jalani praktikal dan habis belajar. Lela dibesarkan oleh ayahnya, En Lukman . Tapi sebab En Lukman ni kerja atas kapal dan selalu belayar, Lela kena tinggal dengan neneknya Wan Ipah dan Mak Ngahnya . Pendek kata, membesar dengan cara hidup kampung. Tapi bukan kekampungan okay, sebab nenek dan Mak Ngah Lela ni jenis yang lasak dan hip-hop. Sapa boleh percaya, dorang ada lesen kelas H, bawak pelbagai jenis trektar termasuk trektar bajak sawah yang gadang tu. Tapi tu dulu. Sekarang ni, Wan Ipah dan Mak Ngah dah tua. Tak larat dah nak poco-poco tengah sawah tu. Jadi mereka sewakan je untuk orang lain usahakan. Tapi hidup Lela dan mereka sentiasa ceria. Ibu Lela pula katanya, kerja kat luar negara lepas ...